Sunday 26 June 2016

PERWIRA GAGAH PERKASA

"Kalau barang berat macam ni kamu tak boleh nak angkat; jangan kamu bermimpi nak pegang senjata. Dengan sikap kamu lagi. Langsung tiada disiplin dalam diri. Inikan pula dengan angan kamu yang tinggi melangit nak jadi askar. Jika diri kamu masih di takuk lama; Cikyang tak rasa kamu boleh hadapi musuh dihadapan kamu sendiri." masih lagi terngiang-ngiang di telinga kata-kata yang berbaur sindiran kakak padaku. Bagai bilah pisau yang menusuk dalam relung hati. Cukup tajam membuka mataku. Tegas dan penuh hikmah. nasihatnya ibarat mutiara yang bersinar. Dialah kakak aku! semangat patriotik sememangnya telah ditanam dalam dirinya. disiplin adalah prinsipnya. Lebih memilih untuk jauh dari keluarga demi berbakti pada negara. Lebih memilih untuk hidup berseorangan demi mengenal erti lelah tanpa huluran. Lebih Memilih jalan antara hidup dan mati demi maruah negara٫ keluarga dan dirinya. Undur diri tidak pernah ada dalam kamus hidupnya. Meskipun diri layu dan gugur di medan perang; langkah kaki harus dikuatkan mara kehadapan pihak lawan. Maju demi ibu pertiwi. Apabila tangan selesai mengangkat ikhrar dan sumpah itu bermakna jiwa dan raganya sudah bersedia ditakluki negara. Segalanya diserahkan untuk tanah air tercinta. Walau nyawa jadi gadaian. Semangat kental dan berkat doa sentiasa menjadi pendamping sepanjang hayat bernafas. Malam hari itu٫ kakak dan aku berbual kosong di luar halaman rumah. sedang rancak kami berbual. tiba-tiba kakak diam senyap menyepi. aku mahu bertanya kenapa kakak diam. tapi seakan mulutku terkunci untuk bersuara. Aku masih ingat lagi raut wajah jernih itu. pandangan matanya. Serta kegusaran bicaranya. semuanya aku tahu. Kakak sempat meluahkan rasa bimbangnya padaku untuk pergi berjuang. sambungnya lagi; dia tidak mahu sama sekali menoleh kebelakang. kesilapan lalu mematangkan dirinya. Mungkin hidupnya sedikit terganggu bila bersoal jawab tentang mati. Aku mengagak yang kakak masih belum bersedia bertemu dengan ajal. Katanya lagi perbalahan antara Filipina dan Malaysia masih belum ada jalan penamatnya. Tiga tahun sudah berlalu; berapa banyak perajurit yang telah gugur di medan bakti demi keamanan rakyat dari musuh negara. Jasa mereka sehingga kini tetap dikenang. Walau tahun kian berganti; sejarah akan tetap kekal sejarah. tetapi pewira negara sukar dicari ganti. Pewira tidak pernah kenal erti putus asa. setiap lorong2 yang dijamu di hadapan mata semuanya dihidangkan dengan penuh liku2 kehidupan. Antara keingingan hati atau akal fikiran; terus atau berundur. semuanya bermain di minda. Jika memilih berundur bererti kalah tanpa lawan. Jadi keputusan tepat adalah terus jalan meski duri yang berbisa menyengat kaki mereka. Aku bangga dengan kakak. Dia idola aku. Hasratku ingin menjadi sepertinya tidak kesampaian. Bagaimana mungkin aku bisa jadi seperti kakak. Kakak٫ dia punya personaliti tersendiri yang bisa saja membuatkan dirinya dikagumi ramai orang. Slalu menjadi yang pertama tidak kira di rumah٫ sekolah atau di luar. "Aku" heh tiada apa2 yang ingin aku banggakan dengan diri ini. Aku cuma mampu melihat kakak di atas pentas dunia dari kebawahan. Selamanya aku tak akan bisa meraih jejak langkahnya. Kerna aku adalah aku dan kakak adalah kakak perwira. Aku dan kakak jauh berbeza. bagai langit dengan bumi. Aku umpama burung dodo yang begitu tinggi angannya mahu terbang bergandingan bersama merpati yang rupawan. Tentang impian. Impian yang gagal mendewasakan aku. Impian yang gagal jadikan aku agung seperti kakak. sekurangnya untuk diri aku sendiri. Malahan Impian yang membuatkan aku kerdil bila berhadapan kakak. Lalu terus hancur musnah di pertengahan jalan; yang tinggal hanyalah debu harapan menemani sepi ini. harapan itu sentiasa ada dan tak akan pernah hilang meskipun kau sudah tiada. Kita tentu pernah mendengar kisah hidup Leftenan Kapten Hassan. Riwayat Ceritanya telah diterbitkan dalam filem oleh tokoh yang disegani iaitu P.Ramlee. Serasanya seluruh malaysia menonton Filem Sarjan Hassan. Filem yang telah berjaya memartabatkan bangsa melayu. Berjaya membuka mata orang melayu dari kepompong pemikiran yang sempit. Benarlah; perwira itu bisa merobah dunia. Kesungguhan dan kegigihan adalah tunjang kepada maruah negara yang perlu dibayar oleh musuh. Kerna cinta pada wilayah pertama darahnya tumpah. Biarlah nyawa ini dikorbankan. Asalkan٫ generasiku dapat menikmati manisnya sebuah kehidupan. Bahagianya sebuah lakaran warna keharmonian di atas kanvas putih. Sejarah telah mengenang mereka. Kerna kisah perwira telah disemadikan dalam banyak kitab. Jika tanpa pewira; kita mungkin tak akan kenal apa erti hidup mudah. Betapa sukarnya untuk merencah kehidupan yang baru di hari mendatang. Kerana itulah aku menggelarkan mereka Perwira Gagah Perkasa. Perwira yang gagah memacu senjata. Perwira yang gagah menumpaskan lawan. Perwira yang gagah berani gugur demi agama dan negara. Di tugu perwira ini kami membina jati. Di pusara pewira kami menadah doa. Ribuan terima kasih aku ucapkan wahai Perwira Gagah Perkasa. Jasamu yang snggup menyulam cinta buat negara dan bangsa. coretan penuh tinta

No comments:

Post a Comment