Thursday, 12 October 2017

LELAKI TERAKHIR

Kasih.. Apakah yang sedang kau lakukan? di kotak fikiran ku tiada henti memikirkanmu.. Yang.. Adakah kau sedang melihat langit kala ini? malam yang slalu menutupi bintang.. Apakah kau dapat merasa getarannya? jauh di sudut hati.. ingin saja aku bisik pada angin untuk sampaikan salam rindu aku pada kau.. tapi aku sedar diri ini.. aku bukan siapa2 pada kau untuk mendengarnya.. mahupun untuk memahaminya .. maaf andai aku menganggu tidur lenamu.. cuma satu yang ingin ku pinta.. izinkan aku memeluk hatimu dari kejauhan.
Selamat malam "Lelaki Terakhir".

Saturday, 24 September 2016

PUISI BUAT DIA

Ada desir bayu menyapa hati Kelopak mata menembusi jendela luar Mimpi itu mengundang tangis dalam kebisuan Membawa seluruh jiwa keperhentian duka Hanya jasad di bumi Rapuh tanpa bicara Tenggelam dalam derasnya arus Melangkah dalam duri berbisa Sungguh sakit! Mengejar bayangmu di celah sinaran mentari Hilang disebalik redupan awan Membiar harapan itu mati ditelan ombak Tanpa engkau tahu pedihnya rasa akhirin penantian tanpa balasan 

Monday, 27 June 2016

SYAITAN?? AKU YANG JEMPUT

Dulu aku fikir semua perkara buruk yang aku lakukan punca utamanya adalah apabila diriku sepenuhnya dikuasai oleh syaitan. Ya,mungkin ada benarnya. Namun, siapakah yang memberi laluan kepada syaitan untuk masuk dan menguasai diriku? Siapa lagi kalau bukan diri AKU sendiri!! Seseorang itu tidak akan mati keracunan jika dia tidak meminum sesuatu minuman yang terdapat racun di dalamnya. Dengan kata lain,racun itu tidak dapat menular dengan sendirinya di dalam badan jika tidak ada orang yang memasukkannya. Video-video lucah di Youtube tidak akan terbuka dengan sendirinya jika tidak ada tangan yang memilih untuk membuka laman-laman tersebut. Setelah dia memilih, maka bermulalah perjalanan syaitan dalam menguasai dirinya. Inilah permulaan berlakunya maksiat dosa-dosa besar seperti rogol,zina dan lain-lain. Manusia itu bukanlah seperti malaikat yang sentiasa patuh pada perintah Tuhan dan bukan juga seperti Iblis yang sentiasa ingkar pada perintah Yang Maha Esa. Akan tetapi manusia itu mungkin boleh mengatasi darjatnya para malaikat dan boleh bertukar menjadi sehina-hina Iblis laknatullah! Semua ini adalah pilihan yang diberikan kepada manusia daripada Tuhan Yang Maha Adil. Tidak diciptakan seseorang itu yang takdir hidupnya untuk menjadi pencuri melainkan dia sendiri yang memilihnya. Setiap individu mempunyai keupayaan dalam mengawal pengaruh syaitan terhadap dirinya dan juga boleh membuka laluan kepada syaitan dalam mengawal dirinya. "dari kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi".. "yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia". An-nas (4-5)

Sunday, 26 June 2016

PERWIRA GAGAH PERKASA

"Kalau barang berat macam ni kamu tak boleh nak angkat; jangan kamu bermimpi nak pegang senjata. Dengan sikap kamu lagi. Langsung tiada disiplin dalam diri. Inikan pula dengan angan kamu yang tinggi melangit nak jadi askar. Jika diri kamu masih di takuk lama; Cikyang tak rasa kamu boleh hadapi musuh dihadapan kamu sendiri." masih lagi terngiang-ngiang di telinga kata-kata yang berbaur sindiran kakak padaku. Bagai bilah pisau yang menusuk dalam relung hati. Cukup tajam membuka mataku. Tegas dan penuh hikmah. nasihatnya ibarat mutiara yang bersinar. Dialah kakak aku! semangat patriotik sememangnya telah ditanam dalam dirinya. disiplin adalah prinsipnya. Lebih memilih untuk jauh dari keluarga demi berbakti pada negara. Lebih memilih untuk hidup berseorangan demi mengenal erti lelah tanpa huluran. Lebih Memilih jalan antara hidup dan mati demi maruah negara٫ keluarga dan dirinya. Undur diri tidak pernah ada dalam kamus hidupnya. Meskipun diri layu dan gugur di medan perang; langkah kaki harus dikuatkan mara kehadapan pihak lawan. Maju demi ibu pertiwi. Apabila tangan selesai mengangkat ikhrar dan sumpah itu bermakna jiwa dan raganya sudah bersedia ditakluki negara. Segalanya diserahkan untuk tanah air tercinta. Walau nyawa jadi gadaian. Semangat kental dan berkat doa sentiasa menjadi pendamping sepanjang hayat bernafas. Malam hari itu٫ kakak dan aku berbual kosong di luar halaman rumah. sedang rancak kami berbual. tiba-tiba kakak diam senyap menyepi. aku mahu bertanya kenapa kakak diam. tapi seakan mulutku terkunci untuk bersuara. Aku masih ingat lagi raut wajah jernih itu. pandangan matanya. Serta kegusaran bicaranya. semuanya aku tahu. Kakak sempat meluahkan rasa bimbangnya padaku untuk pergi berjuang. sambungnya lagi; dia tidak mahu sama sekali menoleh kebelakang. kesilapan lalu mematangkan dirinya. Mungkin hidupnya sedikit terganggu bila bersoal jawab tentang mati. Aku mengagak yang kakak masih belum bersedia bertemu dengan ajal. Katanya lagi perbalahan antara Filipina dan Malaysia masih belum ada jalan penamatnya. Tiga tahun sudah berlalu; berapa banyak perajurit yang telah gugur di medan bakti demi keamanan rakyat dari musuh negara. Jasa mereka sehingga kini tetap dikenang. Walau tahun kian berganti; sejarah akan tetap kekal sejarah. tetapi pewira negara sukar dicari ganti. Pewira tidak pernah kenal erti putus asa. setiap lorong2 yang dijamu di hadapan mata semuanya dihidangkan dengan penuh liku2 kehidupan. Antara keingingan hati atau akal fikiran; terus atau berundur. semuanya bermain di minda. Jika memilih berundur bererti kalah tanpa lawan. Jadi keputusan tepat adalah terus jalan meski duri yang berbisa menyengat kaki mereka. Aku bangga dengan kakak. Dia idola aku. Hasratku ingin menjadi sepertinya tidak kesampaian. Bagaimana mungkin aku bisa jadi seperti kakak. Kakak٫ dia punya personaliti tersendiri yang bisa saja membuatkan dirinya dikagumi ramai orang. Slalu menjadi yang pertama tidak kira di rumah٫ sekolah atau di luar. "Aku" heh tiada apa2 yang ingin aku banggakan dengan diri ini. Aku cuma mampu melihat kakak di atas pentas dunia dari kebawahan. Selamanya aku tak akan bisa meraih jejak langkahnya. Kerna aku adalah aku dan kakak adalah kakak perwira. Aku dan kakak jauh berbeza. bagai langit dengan bumi. Aku umpama burung dodo yang begitu tinggi angannya mahu terbang bergandingan bersama merpati yang rupawan. Tentang impian. Impian yang gagal mendewasakan aku. Impian yang gagal jadikan aku agung seperti kakak. sekurangnya untuk diri aku sendiri. Malahan Impian yang membuatkan aku kerdil bila berhadapan kakak. Lalu terus hancur musnah di pertengahan jalan; yang tinggal hanyalah debu harapan menemani sepi ini. harapan itu sentiasa ada dan tak akan pernah hilang meskipun kau sudah tiada. Kita tentu pernah mendengar kisah hidup Leftenan Kapten Hassan. Riwayat Ceritanya telah diterbitkan dalam filem oleh tokoh yang disegani iaitu P.Ramlee. Serasanya seluruh malaysia menonton Filem Sarjan Hassan. Filem yang telah berjaya memartabatkan bangsa melayu. Berjaya membuka mata orang melayu dari kepompong pemikiran yang sempit. Benarlah; perwira itu bisa merobah dunia. Kesungguhan dan kegigihan adalah tunjang kepada maruah negara yang perlu dibayar oleh musuh. Kerna cinta pada wilayah pertama darahnya tumpah. Biarlah nyawa ini dikorbankan. Asalkan٫ generasiku dapat menikmati manisnya sebuah kehidupan. Bahagianya sebuah lakaran warna keharmonian di atas kanvas putih. Sejarah telah mengenang mereka. Kerna kisah perwira telah disemadikan dalam banyak kitab. Jika tanpa pewira; kita mungkin tak akan kenal apa erti hidup mudah. Betapa sukarnya untuk merencah kehidupan yang baru di hari mendatang. Kerana itulah aku menggelarkan mereka Perwira Gagah Perkasa. Perwira yang gagah memacu senjata. Perwira yang gagah menumpaskan lawan. Perwira yang gagah berani gugur demi agama dan negara. Di tugu perwira ini kami membina jati. Di pusara pewira kami menadah doa. Ribuan terima kasih aku ucapkan wahai Perwira Gagah Perkasa. Jasamu yang snggup menyulam cinta buat negara dan bangsa. coretan penuh tinta

Saturday, 25 June 2016

BILA WANITA DIANGKAT KE LANGIT

Fikiranku menerawang mengimbau kembali ke masa silam ketika aku merupakan student pertengahan terakhir di Pra U dimana tempat aku mengutip butir2 ilmu. kayaknya baru semalam aku mendengar tazkirah dari pensyarahku. Masih segar dalam ingatanku hikayat yang telah lecturer Shahrul ceritakan semasa sesi mukadimah habis pada penghujung waktu kelas. Jelas dan sangat padat. Itu juga sudah cukup menusuk hati kami mendengarnya. sosok2 wanita yang yang telah mencipta sejarah serta menjadi pemangkin bagi lelaki. Benarlah kata orang; tangan yang menghayun buaiyan itu bisa mengoncangkan dunia. kebijakkan dan keberanian yang ada pada diri mereka sedikit sebanyak mampu menggetarkan sesiapa sahaja yang mendongak kearah mereka. Gelaran ibu mulia buat mereka yang telah melahirkan pemimpin dari susur jalur yang berbeza. Sepertinya aku begitu asyik mengembara ke tahun 1796. Yekaterina II Alekseyvna of rusia merupakan seorang Ratu Tsarina yang memegang tempok pemerintahan yang paling lama di rusia. Bukan sahaja menyandang gelaran raja yang dimilikinya; malah turut memainkan peranan sebagai pahlawan wanita pertama yang memerangi Turki pada era zaman keemasannya. Ratu Catherine; hidupnya cuma dihabiskan dengan memikirkan keamanan rakyat jelata. Susuk tubuhnya disegani masyarakat rusia. Setelah kemangkatan suami tercinta; dia mula mengorak langkah dengan membina gedung2 ilmu untuk memartabatkan bangsa rusia dan seterusnya melakarkan mercu tanda ke benua eropah. sehingga penghujung akhir nafas hidupnya; rakyat hanya mampu meratapi kematiannya. bisa sahaja mereka kehilangan sesuatu berharga yang membuatkan separuh dari diri mereka hilang bersamanya Ratu Catherine. sehingga aku sedar hidup aku ini slalu dipenuhi dengan tanda soal? terlintas difikiranku bisakah lelaki itu hidup tanpa wanita di sisi mereka.? Bisakah lelaki merasa tidak memerlukan wanita yang slalu menggalas menjadi penasihat di belakang bagi mereka.? bisakah lelaki menghadapinya? persoalan hati ini terkadang menuntut jawaban. memikirkan aku begitu hanyut dengan persepsiku sendiri. aku mula membuka lembaran kisah hidup berteladan. jalan ceritanya membuatkan aku terbuai dengan kisah hidup Adam yang sepi tanpa Hawa; Muhammad yang merasa kehilangan isteri sebaik Khadijah; Asiah si penawar hati Raja Firaun; Isa yang merasa keseorangan tanpa Bonda Mariam serta Fathimah penakluk dan pelindung bagi Ali. semua kisah itu ada sejarahnya tersendiri. Walhal Al Quran itu sama sekali tidak pernah berbohong. Buktinya Al Quran telah merakamkan sejarah hidup perjuangan srikandi yang terkubur dalam Qalam Allah. Aku tidak dapat menyeka air mata ketika aku menghayati kisah kesyahidan Fathimah Az Zahra. Bidadari itu sedaya upaya untuk melindungi suaminya dari musuh Allah. Dengan kudrat wanitanya yang tidak seberapa; dicubanya bangkit untuk menghalang meski sakit dan perih itu mencucuk perutnya yang masih ade benih cinta yang sedang bernyawa; itu juga terpaksa harus dikorbankan demi keselamatan imamnya. Arus badai kuat berada dihadapannya tapi cuma satu dibenaknya iaitu 'Imamku Harus Hidup'. Janji itu perlu dikotakan. Melindungi.. melindungi.. dan terus melindungi. Sehinga darah mengalir dari tubuhnya dan membuatkan bidadari itu jatuh lalu rebah dipangkuan suaminya. Pada hari terakhir hembusan nafas bidadari itu; langit dan awan seakan mahu bertukar mendung; laut di bumi menghempas gelora ombak; bukit dan gunung ganang mengusung tangisan. haiwan di darat dan di laut meraung meratapi. pokok2 dan bunga2 menjerit sakit bersamanya jeritan bidadari itu. terlalu sedih dengan nasib bidadari mereka. hingga waktu sudah bertukar. hari sudah berlalu. musum sudah berganti. zaman pula sudah berubah. tapi tetap saja bumi ini tidak dapat menerima perginya bidadari itu dari dunia. meraka menjadi saksi kekejaman manusia yang durjana pada bidadari mereka. satu khilaf yang ada pada manusia pada zaman itu ketika mereka baru menyedari yang mereka telah kehilangan keberkehan dan doa dari bidadari yang bernama Fathimah Az Zahra Binti Muhammad ke atas penduduk di muka bumi ini. bidadari mulia sepanjang zaman peraih penghulu syurga sekalian umat. kesimpulannya; wanita itu sememangnya dilahirkan untuk menjadi seorang yang hebat. wanita yang hebat bisa diangkat ke langit dengan makam ganjaran yang dihadiahkn tuhan. kerana hati mereka dicipta penuh dengan kesuciaan lalu terus disiram dengan perasaan subur dengan kasih sayang; cinta; jujur; kesetiaan; serta keikhlasan yang ditabik hingga dijunjung ke pengakhiran nafas terakhir mereka. Kini aku sedar apa yang dimaksudkan catur. apa mesej yang ingin disampaikan ketika kita telah mengambil tempat dalam posisi peperangan. Benarlah apa yang dimainkan catur; apabila tentera dan anak2 perang tersungkur di medan lawan. semestinya yang tinggal hanya Queen dan juga King. ketahuilah Queen dengan kekuatan yang ada padanya sedaya yang bole menangkis dan melawan musuh yang cuba mendekati kingnya. tapi seberapa lama Queen bisa bertahan di medan perang yang pasti di akhirnya dia akan terkandas juga. Coretan penuh tinta